Mengembara secara solo memang kegemaran ku. Melihat gaya hidup masyarakat di dalam dan di luar negara memang menyeronokkan. Banyak pengalaman ilmu boleh dipelajari dan diambil ditempat orang. Walaupun kadang kala pelbagai ujian dan cabaran mendatang, namun apa yang pasti aku seronok dengan caraku ini. Apa yang penting kena jujur dan ingat Allah selalu... Jauh perjalanan luas pemandangan.

Sebenarnya sudah banyak tempat dipelusuk Malaysia dan luar negara yang aku pergi tapi tak pernah aku abadikan dalam mana-mana majalah, media sosial mahupun blog. Sebabnya, aku bukannya seorang yang pandai menulis. Namun terkadangkala itu aku rasankan agak rugi juga kerana membiarkan kenangan manis itu berlalu bergitu sahaja tanpa coretan kenangan.

Menyedari hal, ini aku rasakan perlu juga tu catatkan travelogue kembara ku yang tak sehebat mana ini untuk aku abadikan dalam kenangan. Selain itu, setidak-tidaknya dapat aku kongsikan kepada semua pembaca yang tersesat di blog ku ini. Untukmu pembaca blogku, daku ucapkan selamat membaca dan mengembaralah.....

Saturday, 17 December 2016

MIRI - BRUNEI - LIMBANG - BRUNEI - MIRI

Pernah mencuba memandu secara solo dari Miri ke Limbang? Jika orang Sarawak, terutamanya yang tinggal di Miri atau Limbang mungkin ia perkara biasa. Namun bagi aku, memandu merentas sempadan ni satu pengalaman baru. Jika menggunakan kenderaan yang di sewa memang banyak peraturan dan syarat yang dikenakan. 


Perancangan telah dibuat lebih awal, Sudah aku lama menyimpan hasrat untuk ke Limbang hanya memandu dari Miri. Akhirnya hasratku tercapai jua.


Dari KLIA aku berlepas ke Miri menggunakan penerbangan Air Asia. Setibanya di Miri, aku bermalam di sini. Kereta telah ditempah secara online. Pilih Axia sahaja. RM 90.00 sehari kira OKlah, untuk tempoh tiga hari sewaan. Aku memulakan perjalananku dari Miri keesokkan harinya.

  
Panorama petang menjelang Maghrib di bandar Miri.
(bersambung)